Travel to Penang

9 Dec 2017 kami bertolak ke Penang dari BK. Kami booking hotel Copthorne Orchid Hotel Penang menggunakan app Agoda.  This hotel is recommended. Tempat yang bersih dengan harga yang berpatutan untuk 4 star hotel. Kami sampai agak lewat memandangkan musim cuti sekolah dengan keadaan jalan yang amat sesak dengan kereta berpusu-pusu ke arah utara. So sampai Penang, tido jer.

Keesokan harinya iaitu 10 Dec 2017 anak-anak dah ready untuk berjalan-jalan di Bandar Georgetown. Tempat pertama kami lawati ialah Toy'S Museum. Tempat ini terletak berhampiran dengan Batu Ferringhi dengan harga tiket yang tak begitu murah. It is not recommended place to visit. Baik pergi Upside Down Museum lagi baik dengan Toy'S yang disusun dan diletakkan dalam plastik, kita tak boleh nak sentuh pun toys tu. Ia adalah bahan collector dari semua jenis benda tak kira lah toys ke beg ke pasu ke dan lain lain lg. Tapi saya tak recommend datang sini sangat memboringkan.


Tempat seterusnya kami ke Upside Down Museum tapi tak boleh masuk sebab manusia tersangat ramai sampai kena menunggu melebihi sejam. Kami dinasihatkan untuk datang esok sahaja, so kami pun ke Trick Art Museum yang terletak di jalan Lebuh Penang, dalam bandar Georgetown. Anak-anak dan adik kawe suka datang kesini sebab boleh bergambar dengan bermacam-macam benda serta binatang. Nampak real sekali. Tempat ni kami recommend kalau tuan puan datang travel kat Penang ni. Harga tiket pun tak mahal sangat.









Kemudian kami ke Padang Kota untuk menikmati Pasembor di tepi pantai sambil menikmati keindahan Pantai. Makan tepi pantai seronok juga dengan angin yang berlalu laju. Malamnya kami makan malam di food court dekat dengan jalan gurney. Food court disini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian muslim dan non muslim food. So jangan tersalah tau. Bahagian yang bukan muslim lagi beaar dan luas berbanding dengan bahagian makanan orang islam yang kecil dan sedikit sedangkan tetamu muslim lebih ramai.



Harap kerajaan Pulau Pinang dapat memperluaskan lagi food court bagi memberi lebih ruangan untuk penjual islam dikawasan tersebut. Lepas dinner balik tido, sambung esok pula.

11 Dec 2017 Anak-anak nak mandi kolam dulu so selepas check out kita lunch dekat bandar Georgetown. Lupa dah nama restoran yang kita makan tetapi sedap. Roti nan dan nasi kandar dia terbaik. Adik saya wien wien berapa kali tamboh sebab sedap katanya. After lunch kitorang ke Upsides Down Museum Penang, dekat jer dengan tempat lunch ni dan dekat jugak dengan Trick Art Museum. Upside down museum ni pun kami recommend untuk datang bawa family. Kat dalam tu tak payah susah2 nak cari orang untuk ambik gambar sebab di setiap tempat jurugambar disediakan.











Lepas ke Upsides Down Museum kami naik ferry untuk ke Zoo Taiping.  Biasa lah musim cuti sekolah ni kena bawa lah anak-anak jalan2 maklum lah baru ni dah hampir 2 minggu aku tinggalkan diorang semata-mata untuk ride ke Kemboja hehehe... Bilas dulu sepukul.



Kali ni kami sewa homestay Raintown Inn di Taping, recommended. Kami booking ikut booking.com dengan harga yang berpatutan dan bilik agak luas dan selesa. Kami dinner Yong Tau Fu di food court belakang bomba bandar Taiping. Siapa yang datang ke Taiping wajib makan Yong Tau Fu Taiping yang tersohor dan sedap. Saya rasa semua gerai kat sini sedap dimakan, sorry bukan gerai ye Yong Tau Fu nya. Semua muslim yang masak. Setelah perut kenyang ingatkan nak ke Night Safari di Zoo Taiping. Tapi staffnya suruh datang siang hari lagi jelas boleh nampak. Untuk datang malam ke Zoo Taiping tidak di recommend sebab.....  Baik lagi ke Night Safari kat gambang ataupun Singapore ada macam2 show. Sini takde show ye untuk night safari.

12 Dec 2017 kami bersiap sedia untuk check out dan ke Zoo Taiping. Setelah habis melawat Zoo, kami pulang ke rumah. Anak no 5 iaitu Neelofa suka sangat tengok binatang. Dia suka belajar tentang binatang. Petang tu kami sampai ke home sweet home kami di BK. Malas doh nok naip...  Ni pun sedang bercuti di Port Dickson pula...  Percutian ke Port Dickson ni rasanya tak perlu tulis kot... Ok bye bye





No comments:

Post a Comment