Khutbah Rasulullah SAW

Nuzhatul-Jalis Khutbah Lin-Nabial-Mukarram, dicatatkan tentang khutbah Rasulullah SAW:

"Wahai manusia, demi Allah , hendaklah kamu bersungguh-sungguh dan jangan terlalu suka bermain-main. Hendaklah bersikap jujur dan jangan berdusta. Kematian akan datang secara mengejut. Jangan kamu terpedaya dengan manusia. Kamu sudah melihat orang terdahulu yang mengumpulkan harta benda dan takutkan kemiskinan. Mereka ingin mengelak daripada kematian kerana keinginan mereka terlalu banyak. Kerana itu, mereka meminta agar ajal tidak disegerakan. Tetapi maut tetap datang kepada mereka, sehinga mereka gementar dan ia meragutnya ketika mereka didalam tempat perlindungan.

Aapakah kamu tidak melihat orang yang terlalu tinggi cita-citanya. Mereka membangunkan istana dan mengumpulkan sebanyak-banyak harta. Tetapi rumah-rumah mereka akhirnya menjadi liang kubur kepada mereka dan harta yang mereka kumpulkan menjadi sia-sia. Setelah itu, harta kekayaan mereka menjadi milik waris-waris mereka dan isteri-isteri mereka yang berasal daripada keluarga yang lain. Sudah tentu mereka tidak memberikan sebarang manfaat kepada kamu.

Siapa yang bertaqwa, dia merasa kedatangan ajal terlalu lambat dan dia mendapat manfaat daripada amal kebaikannya. Oleh itu, lakukan perbuatan untuk ke syurga, kerana dunia ini tidak dijadikan sebagai tempat tingal kamu. Tetapi dunia ini hanya perantaraan bagi menuju akhirat."



NLH

Ruang Tamu ala Istana Bali

Rumah ayahanda Nik Omar Bin Nik Daud



Teratak Impian ini dibina pada tahun 2000 terletak di kampung Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.
Kawasan teratak kami ini berkeluasan 13 ekar. Dibina berkonsepkan ala-ala bali, kayu dan ukiran juga dari Bali.


Ayahanda mendapat idea untuk membina rumah ini kerana dia sangat mengagumi seni budaya Indonesia. Dia juga sering melancong dan melawat Indonesia, ibarat negara keduanya.

Pintu Gerbang yang ditempah khas dari Bali, Indonesia

Pintu masuk ke Balai Rong Seri




Teratak ini dibina setelah rumah kami di kampung Chicha dijual kepada seorang doktor di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Burung Cenderawasih
Gambar ruangtamu teratak kami di Kg. Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.









Majlis kahwin



NLH


Kenangan yang tidak dapat dilupakan, begitu meriah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Begitu ramai sanak saudara datang, dan di Balai Rong Seri inilah kami berkumpul dan bergambar kenang-kenangan.