Banjir terburuk di sekitar Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan.

Sejak kami tinggal di kampong Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan, tahun 2014 ini merupakan banjir paling dalam pernah kami alami, bukan terburuk tetapi paling dalam dikawasan perumahan kami. Kebiasaannya banjir yang kami alami adalah sebanyak 2 hingga 3 kali setahun pada penghujung tahun. Untuk pengetahuan umum, hampir setiap tahun kami dapat bermain dengan air banjir dan air banjir dikawasan rumah kami tidaklah kotor sebab ia merupakan air hulu sungai atau air dari lepasan empangan. Bagi kami dan mungkin keseluruhan atau majoriti rakyat Kelantan menganggap banjir yang kami alami adalah bukannya bencana alam bahkan kami menerimanya sebagai suatu pesta tahunan. Kami menerima takdir Ilahi dengan hati yang tabah dan sangat jarang kami berjumpa dengan orang kampong yang merungut tentang masalah banjir yang kami alami di kampong kami ini.



Gambar pada 18 Dec 2014




Bercuti ke Hatyai, Krabi dan Phuket

Pada musim cuti sekolah yang lalu kami sekeluarga bercuti ke Hatyai, Krabi dan Phuket dengan menaiki kenderaan sendiri dari Kuala Lumpur ke Phuket.



Pada pagi 14 September 2014 kami bertolak dan kami sampai di border Thailand kira-kira pukul 4 petang. Ketika itu hujan renyai dan kami sekeluarga singgah makan di Danok. Selepas makan malam, kami teruskan perjalanan ke Hatyai dan bermalam di Plaza Hotel Hatyai. Disini anda boleh menikmati pelbagai makanan Thailand dan amat senang untuk mendapatkan makanan yang halal.







15 September 2014. Pada pukul 9 pagi kami menaiki Tut-tut pergi ke hatyai plaza. Shopping lebih kurang 3-4 jam kami pulang ke Hotel untuk packing barang kami dan untuk bertolak ke Krabi. Pukul 1.00 tengahari kami bertolak dari Hatyai ke Krabi dan perjalanan dari Hatyai ke krabi mengambil masa lebih kurang 4 jam menyusuri bukit dan perkampungan. Pemandangan yang menarik disini. Pada pukul 6.00 petang kami sampai di Krabi dan masa untuk mencari hotel. Sebelum kami datang kami dah google kot internet mencari hotel yang berpatutan. Kami jumpa Ao Nang Smile Hotel, hotel yang dikatakan strategik, terletak di Ao Nang Beach, hotel yang murah, cantik dan bersih. Memang tidak dinafikan Hotel ini amat sesuai untuk pelancong-pelancong dari Malaysia kerana hotelnya cantik, bersih dan harganya murah. Layanan pekerjanya juga peramah dan mesra. Jika kami ke sini sekali lagi, kami akan memilih hotel ini.






Di Krabi kami duduk lama sikit kerana banyak tempat yang boleh dilawati.
Hari pertama di Krabi kami berjalan-jalan sekitar Ao Nang beach, disini anda boleh membeli-belah kerana banyak kedai-kedai jual pakaian dan makanan. Anda tidak perlu khuatir untuk mencari makanan halal disini kerana majoriti penduduk di Krabi beragama Islam dan mudah untuk mencari Masjid.





16 Sept 2014. Hari ke-2 kami pergi ke Hot Stream waterfall yang mengambil masa sejam perjalanan dari Ao Nang Hotel. Kitika kami sampai hujan baru mulai berhenti. Kami membawa anak-anak mandi manda disana. Air nya suam-suam panas dan sedikit berkeruh mungkin disebabkan oleh hujan. Saya rasa tidak berapa sesuai untuk mandi kerana kawasan air terjunnya yang sempit dan berhati-hati kawasannya yang licin kerana saya juga pernah jatuh disini.





Setelah itu kami pergi ke Emerald Pool. Ya disini tempat yang sesuai untuk mandi-manda kerana airnya yang jernih dan bersih tetapi perlu juga berhati-hati kawasan sekitar kolan sedikit berbatu dan licin. Setelah penat mandi-manda di dua tempat yang berasingan, kami pulang ke Hotel untuk makan malam di sekitar Ao Nang Beach. Harga makanan berpatutan disini.






17 September 2014 Kami ke Elephant Trekking. Saya cadangkan kepada sesiapa yang hendak cuba menaiki gajah melalui sedikit denai bolehlah mencuba disini, harganya berpatutan dan amat murah berbanding Phuket. Jika berkunjung ke Krabi, harga hotel, pakaian, makanan dan apa-apa aktiviti riadah amat murah berbanding Phuket yang amat-amat mahal. Jadi jika hendak naik gajah atau tgk animal show saya syorkan di Krabi. Petang kami ke Laem Pho Mollusc Fossile Site, tempat yang tidak menarik untuk bawa keluarga tetapi jika anda minat arkeologi bolehlah datang ke sini.





 
 

18 September 2014 kami bertolak ke Phuket dan sampai pada pukul 1.00 tengahari. Perjalanan dari Krabi ke Phuket mengambil masa lebih kurang 3 jam. Kami terus ke Patong beach dan check in Ibis Hotel. Reasonable price for this hotel in Phuket.




19 September bawa anak ke Phuket Safari tgk monkey dan elephant show. Petang kami bermain ATV masuk hutan. Kami sewa ATV yang besar muat untuk 4 orang, kami naik ke puncak bukit di Phuket untuk menikmati keindahan Bandar Phuket. Petang bawa anak-anak mandi Pantai tapi awas merbahaya. Sewaktu kami dating kesini ombaknya agak besar mungkin disebabkan musim hujan namun Alhamdulillah kami dapat bercuti dalam cuaca yang agak baik. Pada malam kami berjalan-jalan ke semua pantai di Phuket iaitu kata beach, karon beach dan surin beach. Kami ronda satu pulau.



 

 
20 September 9.00 pagi bersiap sedia untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur, singgah sekejap di premium outlet Phuket. Setelah seharian drive dari Phuket, kami sampai di Sug Petani jam 12 tengah malam. Oleh kerana terlampau penat drive mata dah tok boleh tahan, terpaksa berhenti bermalam jugak disini. Ingatnak drive direct jer dari Phuket ke KL tapi huh.. jauh sangat.. terpaksa jugak bermalam disni.

21 September kami bertolak balik ke Kuala Lumpur, Alhamdulillah selamat sampai ke rumahku syurgaku. Terima kasih sudi baca. bye bye Phuket....
 
NLH