Ride to Laos

RIDE TO EXPLORE LAO PDR

Assalamualaikum...
Teringat ketika ride bersama Almarhum Ayahanda ke Bangkok pada tahun 1997. Ketika itu umur saya baru 18 tahun. Kami merancang untuk ride ke Laos sebenarnya tetapi oleh kerana kekangan masa pada waktu itu kami terpaksa batalkan niat untuk ke Laos. Kami hanya sempat sampai ke pinggir Bangkok sahaja. Itu pun mengambil masa yang agak lama waktu itu, iaitu 4 hari perjalanan pergi dan 3 hari perjalanan balik, maklumlah ayah pergi dengan motor chopper Vulcan 1500 dan saya hanya guna TZM. Perjalanan waktu itu tak semudah hari ini dengan Hiway yang besar dan kemudahan GPS. Waktu itu kami hanya guna peta semata. Dipendekkan cerita saya ingin menyambung kembali ride kami yang tertunggak dulu. Alhamdullillah saya dan kawan saya Fazli Botak dari Kuantan telah Berjaya ride dengan Ducati Multistrada ke utara Laos dan sempadan dengan China. Berikut sedikit perkongsian perjalanan kami ke Boten, Laos.


17 Dec 2016 Kami memulakan perjalanan ke Laos. Kami bertolak jam 5.30am dari Bandar Kinrara dan sampai di Hatyai lebih kurang jam 12 tengahari.

18 Dec 2016 Kami sampai di Ratchaburi pada pukul 7.00am dan meneruskan perjalanan ke Phitsanulok. Berhenti sekejap menikmati makanan halal disini iaitu Restoran Pakistan. Meneruskan kembali perjalanan kami ke Nong Khai. Kami lalu ikut Route 12 dimana jalan ini merupakan target pertama kami untuk sampai. Alhamdulillah kami Berjaya harungi perjalanan di route 12 dengan tenang dan selamat. Sungguh agung ciptaan Yang Maha Esa, dimana permandangan yang cantik dan menarik dapat kami nikmati disini. Kami singgah di CafĂ© route 12 untuk membeli sedikit cenderamata. Memandangkan kami sampai agak lewat disini jadi kami buat keputusan untuk tido disini.






19 Dec 2016 Kami memulakan perjalanan kami diawal pagi untuk ke destinasi seterusnya iaitu Bueng Kan.. hihi mesti ramai yang tak tahu dimana Bueng Kan, macamana sebutannya. hmm... Bueng Kan terletak didalam wilayah Nong Khai. Kami sampai disini pada petang hari dan sempat naik bot menyusuri Sg Mekong dan melawati tempat wajib jika datang kesini iaitu Batu Sungai Mekong. Katanya batu ini wujud beribu tahun dahulu dan bagaimana ia wujud pun tak tahu, tapi bagi saya ia ciptaan Illahi untuk menjadikannya indah. Sebenarnya Bueng Kan bukan target kami tetapi ada urusan peribadi kawan saya disini yang tak dapat saya kongsikan. Kami bermalam di homestay di Hokham, dekat dengan Bueng Kan. Kawan Fazli nama Yah menyediakan Juadah untuk kami, terima kasih Yah dan keluarga. Mujur Li ado saing sini hihi...  Opps lupa nak kongsi satu benda tepi Sg Mekong ni diorang ada pasar seperti pasar tani menjual pelbagai jenis makanan dan buahan termasuk tikus, hahaha...



20 Dec 2016 Diawal pagi kami bertolak ke Nong Khai untuk masuk ke Vientiane. Urusan di border boleh dikatakan menyenangkan dan kami boleh masuk Vientiane dengan selamat dan cepat. Seperti kita nak masuk Thailand begitulah nak masuk Laos, perlu sediakan Passport, Geran Motor dan Insuran motor cukup. Juga jangan lupa, pastikan kastam disana mengeluarkan surat motor anda supaya senang untuk anda keluar melalui pintu lain. Alhamdullillah sewaktu kami sampai disempadan Thailand, pegawai Imegresen disana banyak bantu kami begitu juga semasa di border Laos ada seorang runner yang bantu kami, jadi urusan kami sangat mudah. Tiada apa-apa bayaran dikenakan. Sekarang masuk Laos. Berhati-hati kerana anda sedang menunggang disebelah kanan jalan ye.. Beraso kekok mulo-mulo, lepas itu dah biasa. Tukar duit dahulu, sebab matawang Laos tidak didagangkan jadi hanya boleh tukar duit di Laos sahaja. Tiada money changer di Nong Khai, Thailand! Tukar 10,000bath dapat 2,292,000.00kip. Matawang Lao PDR dipanggil kip. Untuk kaedah pengiraan yang senang kepada sesiapa yang tak tahu nilai duit yang mereka pegang, senang sahaja tapi tak tepat. Bukan hendak ketepatan ni ye, untuk anggaran yang cepat sahaja. 20,000 kip sama dengan 20 bahagi 2 ititu RM10.00. Kalau 40,000 kip = RM20, kalau 50,000kip = RM25 iaitu 50 bahagi 2. Abaikan 3 kosong dibelakang.  10,000kip = RM5.




Di Vientiane kami singgah makan di Restoran Nazim dan menunggu pegawai dari kedutaan sampai. Kami berborak dan berkenalan dengan pegawai dari kedutaan Malaysia di Laos. Sungguh baik orangnya, peramah dan bertanggungjawab. Sesiapa yang nak memasuki Laos perlu maklumkan kepada kedutaan kita ya, bukan apa untuk keselamatan kita disini juga. Terima kasih kepada Puan Ayu kerana sudi memberi sedikit info kepada kami yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Laos.





Petang singgah sembahyang di Masjid Al Azhar juga dikenali dengan Masjid Kemboja kerana tok imamnya orang Cambodia. Hanya ada 2 masjid sahaja di Vientiane ni dan bilangan orang islam disini amat sedikit. Meneruskan perjalankan ke Vang Vieng kerana jaraknya yang dekat (dalam 150km kalau tak silap) walaupun dah lewat petang kami bertolak. Inilah cabaran pertama kami yang tak sanggup kami ulang lagi. Sungguh merbahaya menunggang motosikal di Laos pada waktu malam. Kalau boleh elakkan. Tiada lampu jalan, jalan berliku-liku, jalan berbatu kebanyakkan jalan rosak teruk, tidak bertar dan lembu melintas jalan. Saya hamper melanggar lembu disini. Lewat malam  sampai juga di Vang Vieng, perjalanan mengambil masa 4 jam huh. Kami ingatkan 2 jam sahaja sampai. Kami bermalam di Mountainview Riverside Boutique Hotel 18.928457, 102.447644 tempat yang menarik, sesiapa yang datang ke Laos saya cadangkan anda bermalam disini sekurang-kurangnya 2 malam kerana banyak tempat-tempat menarik. Kepada yang suka hiking inilah tempatnya. Banyak gua dan gunung disini.



21 Dec 2016 Vang Vieng. Di sini terkenal dengan banyak gua. Kami sempat pergi ke beberapa buah gua dan sempat pergi ke Blue Lagoon salah satu tempat menarik disini. Tengahari kami bertolak ke Luang Prabang dan sampai ke Luang Prabang jam 5 petang, singgah makan di Nisha Restaurant. Perjalanan yang amat-amat teruk yang pernah kami harungi. Permukaan jalan yang tidak bertar dan keadaan jalan yang berliku-liku serta beribu-ribu lubang menyebakan kami terpaksa menggunakan tenaga yang banyak ketika menunggang motorsikal. Alhamdulillah Sport Touring kami Ducati Multistrada boleh mengharungi semua keadaan jalan termasuk jalan berbatu dan berbukit. Siapa kata Multistrada tak boleh buat? Multistrada boleh mengharungi semua keadaan jalan dengan cemerlang. Kami bermalam di Villa Ban Phanluang koordinat 19.892045, 102.141616. Nak jalan kaki ke night market ke mana-mana tempat jauh sedikit, kena naik motor.







Di Luang Prabang ada Night market dan pelbagai jenis wat. Kami sempat singgah di Night market sahaja jadi kami tidak pergi ke tempat lain kerana target kami untuk melihat pemandangan yang cantik di Laos, maklumlah bentuk muka bumi Lao PDR berbukit bukau dan bergunung ganang. Banyak pemandangan yang menarik disini, kepada yang suka menikmati keindahan alam bolehlah datang ke sini untuk menikmati keindahaan bentuk muka bumi disini dan menghirup uadara yang segar.











22 Dec 2016 Jam 8.00am kami bertolak ke Boten, sempadan Lao dengan China (Mohan). Sepanjang perjalanan ini kami dapat rasakan suhu semakin sejuk, pemandangan semakin cantik. Kami meyusuri sungai sepanjang perjalanan sebelum sungai berkenaan berpecah dua dan sempat mengambil gambar disini. Pukul 3.30pm kami sampai di border Laos dengan China iaitu di Boten sebelah Laos dan Mohan sebelah China. Ketika kami sampai banyak lori tengah beratur untuk masuk ke China. Disini juga terdapat kedai bebas cukai ( Zon Duty Free Boten ).












Selepas bergambar di border China kami bertolak ke Luang Namtha dan bermalam disana.Kami sampai di Luang Namtha lebih kurang pukul 6.00pm waktu tempatan. Suhu disini mencecah 14⁰C dan kami bermalam di Zuela Guesthouse koordinat 21.002750, 101.409279 tempat yang menarik dan sesuai untuk bikers.





23 Dec 2016 jam 8.00am kami bersiap untuk bertolak ke Huay Xay atau Chiang Khong di Thailand iaitu border antara Lao PDR dan Thailand. Sepanjang perjalanan banyak jalan yang rosak dan kami juga selisih dengan beberapa bikers dari Malaysia yang menunggang Yamaha Y15 dan geng GTR. Kami sampai di border Huay Xay jam 1.00 tengahari. Seperti juga di border Vientiane urusan passport dan customs declaration form disini juga berjalan dengan lancer dan mudah. Cuma disini banyak sedikit documentation yang diperlukan dan beberapa salinan juga diperlukan. Bagi kami masuk melalui Vientiane lagi mudah urusan kastam dan imegresennya.

Kami bermalam di Chiang Mai kerana besok pagi kami perlu berlepas ke Bangkok.


24 Dec 2016 kami membeli belah sedikit di Bandar Chiang Mai sebelum bertolak ke Bangkok.

25 Dec 2016 kami sampai di Bangkok Jam 8.00 pagi dan berhenti sekejap untuk rehat, mandi makan dan sembahyang. Pada pukul 3.00 petang kami bertolak ke Hatyai.

26 Dec 2016 saya sampai di Hatyai jam 8.00pagi manakala Fazli botak meneruskan perjalanannya ke Golok. Kami berpecah disini.. Sayonara Li.. semoga jumpa lagi di ride yang akan datang. Pengalaman ride dengan Fazli amat seronok, seorang yang punctual dan boleh maintain kelajuan. Didalam perjalanan yang jauh keserasian menunggang amat-amat perlu kerana kita perlu sampai ke destinasi didalam jangka waktu yang dirancang supaya kita dapat mengelakkan apa-apa benda buruk atau sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan risiko perjalanan. Pastikan anda serasi dulu dengan motosikal anda sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Pukul 1 tengahari saya sampai di border bukit kayu hitam dan sempat berkenalan dengan bikers yang baru balik dari Phuket, ride sebiji jer katanya. Terima kasih Wan R1 temankan saya balik sampai ke Kuala Lumpur. Saya selamat sampai dirumah dan disambut oleh anak-anak serta isteri tersayang. Terima kasih sampai jumpa lagi. Tak larat dah nak taip panjang-panjang. Bye bye

NLH