Restoran Nasi Ulam di Bandar Kinarara

Restoran Nasi Ulam Kampong terletak bersebelahan dengan Pasaraya Giant Bandar Kinara.
Diasaskan atau dibuka oleh Nik Lukman pada 17 Mac 2011 dengan konsep masakan ala kampong terutama ala kampong dari Kelantan. Berbagai jenis lauk pauk disediakan seperti Ayam Kampong, daging kerutub, ayam kerutub, patin masak tempoyak, siput sedut, udang masak merah/pedas, ikan singgam, berbagai jenis ulam dan sebagainya.


 
 

Bagaimana boleh buka restoran ini?

Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman didalam bidang masakan ini, bahkan keluarga saya tidak ada seorang pun yang terlibat dengan perniagaan masakan ini. Saya ceburi bidang terjun ini adalah kerana pada waktu itu isteri saya baru bersalin anak ke 4 kami, betapa susahnya kami untuk mencari restoran masakan melayu ala-ala kampong dikawasan ini. Jadi saya tekad untuk membuka restoran yang menyediakan masakan ala-ala kampong di kawasan ini.


















Tujuan

Tujuan atau niat saya ialah untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk Bandar Kinrara terutamanya BK5&6, serta damai utama untuk menjamu selera diwaktu pagi dan tengahari. Ini kerana ketika saya membuka restoran ini, tidak banyak restoran masakan melayu ala kampong yang ada dikawasan Bandar Kinrara ini yang menyediakan masakan untuk tengahari. Kebanyakkan restoran disekitar memulakan waktu perniagaan disebelah malam. Jadi saya ambil keputusan untuk membuka restoran yang berasaskan ala kampung dan ulam-ulaman.

Pengalaman saya buka restoran ini tidak dapat dilupakan. Orang yang banyak membantu saya ialah isteri saya sendiri. Tanpa isteri saya, tak mungkin saya dapat buka restoran ini bersendirian kerana isteri saya pandai memasak. Maklumlah tukang masak ni senang cabut, kalau kita atau isteri kita tak pandai masak, boleh tutup sekejap kedai sebelum mendapat tukang masak yang baru. Silap-silap haribulan boleh bungkus terus. Jadi nasihat saya kepada sesiapa yang ingin buka restoran, pastikan anda atau isteri anda pandai memasak. Walaupun umurnya masih muda diwaktu itu, kerana minatnya didalam bidang masakan membuatkan dia dan saya bertambah berani untuk membuka restoran ini. Pengalaman memasaknya adalah dari ibu saya sendiri (Ma), Joh Luwi, Mokcik Ani (Mak saudara saya), Makcik Normah (ibu angkat kami) dan beberapa orang lagi yang pakar dalam masakan kampong ala-ala Kelantan. Makcik Normah adalah orang yang banyak membantu kami didalam mencari pekerja dan sebagainya. Terima kasih semua terutama isteri tersayang Wan Nor.

Sekian, terima kasih.

Al-fatihah untuk ayahanda saya Prof Dr Nik Omar Hj Nik Daud

Amin


NLH

No comments:

Post a Comment