Fidyah Solat (1)
الحمد الله
رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه
أجمعين
Pendahuluan
Sesuai dengan salah
seorang pengamal mazhab ahlu sunnah wal jamaah, kita meyakini bahawa ijtihad-
ijtihad ulama ahlu sunnah wal jamaah adalah berdasarkan kepada dalil-dalil
muktabar yakni bukan kerana menurut nafsu, fanatik dan sebagainya. Alasannya
ialah ijtihad- ijtihad yang mereka hasilkan telah melalui satu metode
penyelidikan yang sangat kemas dan jitu. Ini tidak menafikan bahawa ulama
mujtahid tidak melakukan kesilapan dalam berijtihad kerana mereka bukannya
ma'sum. Walaubagaimanapun, di sebabkan kesilapan ini, mereka tetap diberi satu
pahala sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Rasulullah. Kenyataan ini sangat
jelas dan telah dipersetujui oleh semua pihak melainkan orang yang mengingkari
hadith sahih.
Adakah semua isi kandungan mazhab-mazhab itu
benar?
Terdapat dua pendapat dalam
menjawab persoalan di atas. Pendapat pertama menjelaskan bahawa setiap ulama
yang berijtihad dalam persoalan fiqh yang ketiadaan dalil Qati'e daripada nas
atau ijma' semuanya benar. Ini adalah pendapat Abu Hasan Asyaari, Qadhi Abu
Bakar al- Baqilani, Ibn Suraij dan kedua- dua murid Abu Hanifah iatu Abu Yusuf
dan Muhammad. Manakala jumhur ulama' berpendapat bahawa mujtahid yang benar satu
sahaja dan mujtahid inilah yang akan mendapat dua pahala. Sungguhpun begitu
pendapat jumhur, namun hukum syara' yang dihasilkan dengan ijtihad tidak boleh
dibatalkan dengan ijtihad kerana kedua- dua ijtihad itu adalah bersamaan
sedangkan tidak ada yang memberatkan salah satu daripadanya. Lagi pula,
sekiranya ijtihad pertama boleh dibatalkan dengan ijtihad kedua nescaya ijtihad
kedua pun boleh dibatalkan dengan ijtihad ketiga(umpamanya) dan begitulah
seterusnnya dengan tidak berkesudahan. Jika hal ini berlaku, maka institusi
kehakiman tidak akan membawa apa- apa maslahah. Daripada huraian di atas,
dapatlah difahami bahawa hukum yang dihasilkan oleh ijtihad boleh dibatalkan
dengan nas atau qias jaliyy( yang terang)
Fidayah Sembahyang menurut perspektif ulama'
fiqh
Menurut pendapat mu'tamad
dalam mazhab Syafie, tidak wajib dan tiada sah mengeluarkan fidayah sembahyang
kerana tiada tuntutan dari Syara'. Manakala pendapat da'if dalam mazhab,
dituntut mengeluarkan fidyah dengan enam syarat berikut;
- Hendaklah dikeluarkan oleh waris si mati
- Sesuatu yang dikeluarkan hendaklah bijirin yang memadai dijadikan zakat
fitrah ditempat itu.
- Fidyah hendaklah diberikan kepada faqir atau miskin yang diharuskan
mengambil zakat
- Berlafaz ijab dan qabul.
- Berlaku perpindahan( Qabadh) fidyah ke pihak yang menerima.
- Satu cupak untuk satu waktu.
Menurut pendapat
mu'tamad dalam mazhab Hanafi, wajib dikeluarkan fidyah sebanyak satu
gantang Baghdad bagi setiap solat yang ditinggalkan oleh mayat sedangkan ia
belum diqadhakan semasa hidupnya. Bagi mereka yang bermazhab Syafie diharuskan
bertaqlid kepada pandapat tersebut dengan beberapa syarat
berikut;
- Jangan mentalfiqkan mazhab seperti mengeluarkan fidyah sembahyang dengan harga menurut mazhab Hanafi dan diberikan fidyah tersebut kepada orang miskin yang memiliki harta yang sampai nisab menurut mazhab Syafie.
- Jangan qasad mengambil mudah supaya terlepas dari tanggungjawab syara'.
-
Mengi'ktiqadkan bahawa mazhab yang ditaqlidkan itu lebih kuat atau menyamai mazhabnya.
Bagaimana mengeluarkan fidyah menurut mazhab Hanafi?Sebelum mengeluarkan fidyah sembahyang dan puasa, waris hendaklah mengira umur mayat dengan ditolak 12 tahun jika mayat lelaki dan 9 tahun jika mayat perempuan. Contohnya, Ahmad meninggal dunia dalam usia 60 tahun. 60 tahun ini termasuk umur Ahmad sebelum baligh. Oleh itu ia hendaklah ditolak sebanyak 12 tahun( 60-12= 48). Dalam contoh ini waris hendaklah membayar fidyah solat dan puasa untuk tempoh 48 tahun. Menurut mazhab Hanafi, tiap-tiap satu waktu solat diwajibkan satu gantang Baghdad dan begitu juga untuk satu hari puasa. Oleh itu, fidyah solat untuk;1) satu hari ialah 6 gantang(solat witir wajib difidyahkan juga menurut Hanafi).2) sebulan; 30 hari x 6 gantang = 180 gantang.3) setahun; 360 x 6 = 2160 gantangFidyah puasa pula; 30 x 1 gantang = 30 gantang(sebulan Ramadhan)
Fidyah solat untuk tempoh 48 tahun(contoh di atas) ialah; 2160 x 48 = 103680 gantang.
Fidyah puasa untuk tempoh 48 tahun ialah; 30 x 48 = 1440 gantang
(nota penting; memada dikeluarkan fidyah solat dengan harga menurut Hanafi)
Lafaz Ijab; " Inilah fidyah solat si fulan anak si fulan aku berikan kepada mu"
Lafaz Qabul(faqir); " Aku terima"
NLH
No comments:
Post a Comment