Siapa Imam At-Tirmizi

Nama sebenarnya ialah Muhammad bin 'Isa bin Saurah bin Musa bin Dhahhaak as-Sulami at Tirmizi al-Bughi (orang Bugh). Termiz adalah sebuah Bandar di tenggara Uzbekistan, bersepadanan dengan Negara Afghanistan.

Terdapat 3 orang ulama yang terkenal dengan nama Imam At-Tirmizi iaitu Abu 'Isa at-Tirmizi pengarang Jaami' at -Tirmizi, Abu al-Hassan Ahmad bin Hassan yang terkenal dengan gelaran at-Tirmizi al-Kabir (beliau adalah murid kepada imam Ahmad) dan Hakim at-Tirmizi pengarang kitab Nawaadiru al-Ushul. Tetapi kitabnya termasuk didalam senarai kitab hadis yang dhaif kerana kebanyakkan hadis-hadis didalam kitabnya dhaif. Kitab Nawaadiru al-Ushul ini tidak dianggap muktabar oleh para ulama hadis.

Tempat Kelahiran dan Kewafatan

Imam Tirmizi dilahirkan pada tahun 205H di Bugh, Termiz sebuah Bandar yang masyhur. Menurut As-Sam'aani disini jugalah tempat dimana Imam At-Tirmizi meniggal dunia dan disemadikan. Dari beberapa pendapat yang masyhur beliau wafat pada tahun 279H ketika berumur 74 tahun. Iaitu pada 13 rejab 279H iaitu pada malam isnin.

Guru-guru Imam At-Tirmizi
  • Imam Bukhari
  • Imam Muslim
  • Ali bin Hujr al-Marwazi
  • Hannaad bin as-Sariyy
  • Qutaibah bin Said
  • Muhammad bin Basyaar (Ghundar)
Kelebihan Imam Tirmizi ialah daya ingatannya yang kuat. Seperti kata Abu Sa'id al-Idrisi "Ingatan Imam Tirmizi yang luar biasa itu telah dijadikan orang sebagai perumpamaan".

Zuhud dan Warak

Kezuhudan dan kewarakkan Imam Tirmizi pula kata Syah Abdul Aziz didalam kitabnya Bustanul Muhadditsin bahawa ketaqwaan dan kezuhudan Imam Tirmizi telah sampai ke suatu peringkat yang tidak dapat kita bayangkan. Kerana takutkan Allah SWT beliau selalu menangis hingga menyebabkan matanya menjadi buta.

Kitab Jaami' atau Sunan At-Tirmizi

Kitab ini terlah melonjakkan Imam Tirmizi ke puncak kemasyhuran. Kita hadis susunan beliau ini juga dikenali dengan beberapa nama seperti:

  1. Jaami' at-Tirmizi
  2. Sunan at-Tirmizi
  3. Al-Jaami' al-kabir
  4. Al-Jaami' As-Sahih
  5. Sahih at-Tirmizi
Kitab ini mempunyai kelebihan, keunikkan dan keistimewaannya yang tersendiri. Antara kelebihan kitab ini ialah didalam bidang hadis dan fiqh. Selain itu ia juga memuatkan mazhab-mazhab salaf dan khalaf. Bagi seorang tokoh yang terkenal, Syeikh Ibrahim al-Baijuri kitab ini sahaja pun sudah memadai dan mencukupi untuk seorang mujtahid dan seorang muqallid (yang hendak bertaqlid). Jaami' Tirmizi menyajikan kepada para penuntut dan pengkaji fiqh pendapat-pendapat mazhab yang pelbagai.


NLH

No comments:

Post a Comment